Sunday, September 12, 2010

Asal-Usul Melayu

Kebelakangan ini terlalu banyak sentimen Agama dan Bangsa dipermainkan. Mana pergi pemikiran-pemikiran manusia yang bijaksana yang hanya pandai bercakap dan mencemuh. Ya Allah, sewajarnya kita semua sedar. Sewajarnya diri kita terketuk. Kadang-kadang kita cuma pandai bercakap. Kita pandai berhujah dan berkata-kata. Kita cuma pandai mengeluarkan dalil dari hadis dan ayat Quran. Mengeluarkan idea-idea yang nampak hebat daripada teorinya. Kadang-kala bicara menggegarkan telinga dan menggoncangkan bumi. Tapi bilamana di medan dakwah sebenar adakah kita mampu lakukan kerja dan berdepan dengan kejadian seumpama ini?? Mampukah kita setidaknya membahagikan masa dengan baik antara kerja, belajar, kehidupan sosial dan kerja kita sebagai hamba?? Ini adalah jawapan kepada "mereka-mereka" yang menyuruh ORANG MELAYU MALAYSIA BALIK INDON....

Bila disebut perkataan ‘Melayu’, terus tergambar dalam benak fikiran bahawa orang Melayu berkulit gelap/sawo matang, tubuh badan bersaiz sederhana dan berambut hitam. Gambaran yang hampir sama juga pernah diceritakan oleh Frank Swettenham dalam makalahnya “The Real Malay” yang menggambarkan lelaki Melayu adalah rendah, berambut hitam lurus, berkulit coklat gelap serta mempunyai bentuk hidung dan bibir yang besar.

malay boy

Ehsan dari "A Malay Boy - Project Gutenberg. Wikipedia".

Perkahwinan campur antara bangsa bukan Melayu dan Melayu dewasa ini sedikit sebanyak merubah identiti dan perwatakan unik orang Melayu jika dibandingkan dengan orang Melayu pada zaman dahulu. Bangsa Melayu dilihat banyak mendiami sekitar Asia Tenggara dan mengamalkan adat resam, budaya dan bahasa yang sama.

Asal-usul bangsa Melayu masih lagi dibincangkan dan dari mana datangnya perkataan Melayu juga masih belum dapat disahkan oleh sejarawan secara tepat.

Sumber yang diambil dari Wikipedia pula memetik perkataan Melayu berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu yang terletak di hulu Sungai Batang Hari di Sumatera, Indonesia. Pendapat lain pula mengatakan perkataan Melayu berasal dari perkataan Jawa Kuno iaitu “berlari” atau “mengembara”. Ini dikaitkan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan ke Asia Tenggara.

Bahasa menunjukkan bangsa.

Sejarah lama banyak membuktikan peristiwa yang mempunyai hubung-kait asal-usul bahasa Melayu. Di dalam artikel Resam Melayu sebelum ini – Bahasa dan Tamadun Melayu, mengikut catatan seorang rahib Budha bernama I-Tsing, Kerajaan Sriwijaya di Palembang menggunakan bahasa Melayu kuno sebagai bahasa pengantar pembelajaran mereka.

Istilah Melayu atau “Mo-lo-yu” juga pernah dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan “Mo-lo-yo” yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

Dari segi linguistik, Melayu dikategorikan sebagai penutur bahasa Melayu di dalam kumpulan Melayu-Polynesia (Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina, Taiwan dan Vietnam).

Kumpulan bahasa Austronesia mempunyai pertalian bahasa dengan bahasa Melayu-Polynesia, dari segi kosa kata dan perkataan yang digunakan.

Asal-usul bangsa Melayu dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Di dalam buku sejarah Melayu, Melayu Proto (kumpulan pertama) berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Dipercayai keturunannya adalah Orang Asli di Malaysia dan Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua pula berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam (1500 Sebelum Masihi). Kumpulan ini dinamakan Melayu Deutro. Keturunannya ialah orang Melayu di Malaysia.

Melayu Deutro dikatakan lebih bijak dan mahir daripada Melayu Proto. Mereka bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Kesimpulannya, datuk nenek dan moyang bangsa Melayu boleh dikatakan berasal dari Yunan, China. Penghijrahan mereka ke Asia Tenggara memungkinkan mereka bermastautin dan menetap serta berkahwin campur dengan pelbagai bangsa seperti pedagang Arab dan India pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Secara amnya, bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mengamalkan adat resam Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu serta hidup dalam budaya Melayu.

sedangkan kita ini berasal dari rumpun yang sama. sama sahaja. tiada lansung perbezaan cuma pemikiran yang saling menyalahkan antara satu sama lain. Renung-renungkan dan selamat beramal. ade yang nampak masalah ade yang mempunyai masalah ye..kam..tu..mi...pasal ape??ini nk bgi tips tentang kebahagian dan keharmonian sesebuah negara..ni.. mcmn nk bgi rmh negara makmur aman sejahtera..ni ustaz nk bagi..sebenarnya ye..insan yg cemerlang datangnye dari akal, hatinye yang tenang, jiwenye yg??yg kuat!! Wasalam. (",)

2 comments:

  1. ni elok kasi kat org2 yg gembire2 nk halau rakyat negara ni blk tmpat asal msing2..xkirela bngse ape..yg melayu dok hambat org blk china la india la..yg diorg balas suh blk indon..
    kl xde mulut2 yg akal cetek bercakap, xkn jd masalah..
    nk marah, tuju pd individu..jgn tuju bangsa, agama maupun negara...
    saya cinta bangsa, agama dan negara saya..

    yang sahih itu sahih, yang batil itu batil..jgn sekali2 sokong yang batil hanya kerana ia diutarakan oleh org yg sekufu dgn kt..

    wallahu wa'lam

    ReplyDelete
  2. ade yang nampak masalah ade yang mempunyai masalah ye..kam..tu..mi...pasal ape??ini nk bgi tips tentang kebahagian dan keharmonian sesebuah negara..ni.. mcmn nk bgi rmh negara makmur aman sejahtera..ni ustaz nk bagi..sebenarnya ye..insan yg cemerlang datangnye dari akal, hatinye yang tenang, jiwenye yg??yg kuat!! Wasalam. (",)

    ReplyDelete